About

PENGENALAN

Peranan Pustakawan dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi memberi impak kepada masyarakat dan negara.

Dalam persekitaran  digital, pustakawan perlu melengkapkan diri  dengan ilmu pengetahuan  dan kemahiran bagi memastikan  perkhidmatan dan kemudahan  yang disediakan memenuhi keperluan dan melangkaui jangkaan pengguna.

OBJEKTIF

  • Membincangkan peranan pustakawan dan pengurus maklumat dalam melestarikan kecemerlangan dalam persekitaran digital
  • Menggalakkan perkongsian sumber yang pintar dan lestari di kalangan institusi berkaitan dalam semangat keserakanan dan kesepunyaan
  • Menjadi wadah bagi pustakawan dan pengurus maklumat dalam merealisasikan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dan khidmat serta sumbangan perpustakaan kepada masyarakat/komuniti.

TERMA & SYARAT-SYARAT

  • Penggantian peserta boleh dilakukan tanpa sebarang kos sekiranya peserta gagal hadir disebabkan hal-hal tertentu. Kemukakan nama pengganti sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh seminar.
  • Yuran seminar tidak akan dikembalikan untuk pembatalan. Namun begitu, set lengkap Seminar akan dihantar melalui pos.
  • Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan program untuk tempat, pembentang dan tajuk bergantung kepada keperluan semasa

PESERTA

Sasaran peserta  terdiri daripada kalangan :

  • Pustakawan
  • Pengurus Maklumat
  • Penolong Pegawai Perpustakaan
  • Pembantu Perpustakaan
  • Pensyarah
  • Pelajar jurusan Pengurusan Maklumat
Advertisements